Wednesday, 14 June 2017

SEJARAH PENUBUHAN KOPERASI KV KLUANG BHD

Koperasi Kolej Vokasional Kluang Berhad ditubuhkan pada 15 Januari 1979. No. Daftar Koop Sekolah 226 dan No Daftar ANGKASA JHR 0227. Koperasi KV Kluang mengalami fasa perubahan nama daripada Koperasi SM Vokasional Kluang Berhad, Koperasi SM Teknik Kluang Berhad sehinggalah secara rasmi menggunakan nama Koperasi Kolej Vokasional Kluang Berhad mulai 2015.

Koperasi Kolej Vokasional Kluang Berhad beroperasi di Kolej Vokasional Kluang, KM 3, Jalan Mengkibol, 86000 Kluang, Johor. Pengurusan koperasi mengalami perubahan pada 2001 dengan pelantikan Puan Faridah bt Md Pungot sebagai penyelaras atau pengurus koperasi. Beliau berpengalaman dalam mengurus dan menjalankan pelbagai aktiviti kedai koperasi sehingga berjaya mencatat keuntungan RM10.000.00 pada tahun 2002 berbanding hanya RM 3,000.00 pada tahun 2001 selepas mengambil alih jawatan sebagai pengurus.

Pn. Faridah bt Md Pungot, mempunyai pengalaman hampir 15 tahun dalam bidang pendidikan kerana menjalankan perniagaan komputer di Pusat Pengajian Delima, perniagaan pusat tuisyen di Pusat Tuisyen Delima dan pendidikan taska di Pusat TASKA  Delima sebelum menerima tawaran berkhidmat sebagai guru di Kolej Vokasional Kluang pada tahun 2000.

Sejajar dengan perkembangan semasa, koperasi turut mengalami perubahan melalui usaha mempelbagaikan aktiviti perkhidmatan seperti dobi, tempat letak kereta, pusat kafe siber yang menyediakan perkhidmatan fotostat, printing, binding, Internet dan terkini perkhidmatan EB Bank Simpanan Nasional.

JUMLAH ANGGOTA 2017 = 1234




No comments:

Post a Comment

 KAFE SIBER KOPERASI KV KLUANG BERHAD